Tuesday, June 19, 2012

PERTANDINGAN SENAMROBIK IDOLA REMAJA


Seramai 8 orang pelajar yang telah dikenalpasti mempunyai BMI melebihi 25 telah menyertai pertandingan senamrobik Idola Remaja anjuran Jabatan kesihatan Melaka di MITC sempena hari Diabetes Sedunia pada 13 November 2011.  Pasukan senamrobik ini telah menjalani latihan intensif selama seminggu sebagai persediaan untuk menghadapi pertandingan.  Sebanyak 8 buah sekolah menengah telah mengambil bahagian.  Di akhir pertandingan, pasukan senamrobik Mozac telah mendapat tempat ke-empat dan memenangi hadiah berupa wang tunak sebanyak RM 100.

No comments:

Post a Comment